Friday, March 27, 2009

:: terimalah seadanya ::

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah..Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia itu..Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan..Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan..


Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:


"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita"katanya sambil menunjukkan majalah tersebut..


"Masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia"


Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan bersama..


Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak masing-masing..Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya


"Saya akan mulai dulu ya"kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya..Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ..Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia perhatikan airmata suaminya mulai mengalir..


"Maaf,apakah saya harus berhenti?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan" jawab suaminya..Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu"


Dengan suara perlahan suaminya berkata,

"Aku tidak mencatat apa-apa pun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah apa-apa akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri..Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang"


Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya bahawa suaminya menerimanya apa adanya..Ia menunduk dan menangis...


Moral :

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,carilah kekurangan sendiri..Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?Kalau jawapan nya YA,maka kita berbohong atau kita PERASAN kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ada yang perlu kita perbaiki..wallahualam..Hakikatnya,orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita..

INSYA ALLAH"



p/s : ALLAH telah ciptakan hamba-hambaNya begitu sempurna..ada kelebihan dan kekurangan..semuanya utk menguji sejauh mana hambaNYA bersyukur dgn apa yg telah dikurniakan..jgn kita mengharapkan yg telalu baik dr org lain utk diri kita jika diri kita sendiri tidak sebaik yg kita harapkan dr org lain itu..

0 comments: