Friday, April 17, 2009

:: rahsia disebalik AL-FATIHAH ::

Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah di antara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii) Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah
v) Ia lemah melainkan dikuatkan
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya


Fatihah Mengembalikan Pangkat

Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi
PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN

Fatihah Mendapat Zuriat

Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:

41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya

Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik


Fatihah Sakit Mata

Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:

i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya

insyaallah akan sembuhlah penyakit mata itu


Fatihah Di atas Kapas

Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin Allah


Wirid Fatihah

Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:

i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
ixx) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan


Dinding Dimasa Tidur

Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:

Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A'uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A'uzubirabbin Nas - 1 kali

Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur



"amal yg paling disukai ALLAH s.w.t adalah amal yg dilakukan secara istiqamah (tetap) walaupun sedikit"

kwn2 sekalian,sama-samalah kita mengamalkannya..


sebaik-baik penawar ialah ayat Al-Quran.. =)

0 comments: