Friday, February 13, 2009

:: say NO to Valentine!!! ::

USAH TERPERANGKAP DGN JERAT VALENTINE!

Budaya mengeratkan kasih sayang pada Hari Kekasih atau Hari Valentine bukan budaya Islam dan tiada hubungan langsung dengan ajarannnya.

Menurut sejarahnya, Valentine atau Valentino adalah seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan ajaran Kristian di Rom. Raja Rom Claudius II memenjarakan penganut Kristian yang tidak sealiran agama dengannya termasuk Valentine. Meskipun dalam penjara, Valentine tetap menyebarkan agamanya kepada banduan.

Kegiatan ini akhirnya diketahui oleh Raja Rom. Lalu diperintahkan diseksa dan dibunuh pada 14 Februari 296 Masihi. Orang Kristian menganggap paderi ini sebagai orang yang mulia, sanggup berkorban dan mati kerana mempertahankan agama Kristian. Justeru besarnya pengorbanan Valentine beliau diberi gelaran Saint atau St. Pada 350 Masihi sebuah gereja dibina berhampiran kuburnya, dari sumber lain pula, didapati ketika dalam penjara Valentine jatuh cinta dengan seorang anak pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum dibunuh Raja Claudius II memberi dua pilihan. Meninggalkan agama Kristian atau dibunuh. Namun beliau lebih rela dibunuh tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis itu dengan menurunkan tandatangan "From Your Valentine."

Sejak peristiwa itu orang Kristian mengambil sempena 14 Februari setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati kematian St Valentine _ idola mereka.

Jadi adakah wajar kita sebagai Islam turut merayakan hari itu?

Kepada pasangan kekasih diingatkan janganlah sampai sanggup melakukan korban untuk perkara keji dan mungkar. Usahlah terdera dalam jerat percintaan sesungguhnya kembalilah kepada tatacara yang Islam gariskan.

..sampaikan walaupun satu ayat..
p/s : kita sbg umat Islam xperlu la sambut2..setiap hari adalah hari berkasih sayang jika kita sulaminya dgn sinar iman & Islam...

2 comments:

CikYana(",) said...

salam..
haah suke update blog
but if de mende bru nk cite la..
hehehehe..kamu xde chatbox ke?

CikYana(",) said...

xkuar pun chatbox kamu?