Thursday, December 19, 2013

. Down




Semalam memang hari menangis seantero dunia. huhu :'( Kalau ikutkan, memang hampir setiap hari menangis teringat-ingat. Kuatkan diri dengan solat & baca Al-Quran.

Alhamdulillah,

tenang.



Tetapi semalam paling teruk sebab dengar pengakuan. Pengakuan yang buat diriku agak lega sedikit tetapi dalam masa yang sama sangat-sangat terluka & tidak boleh terima keputusan yang dibuat. Allah sebaik-baik perancang. Nak tak nak, perlu terima walau hati terluka & kecewa. Kuatkanlah aku Ya Allah :'(




Ya, aku rindu.

SANGAT-SANGAT rindu. 

:'(




"Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa hambaMu yang kerdil ini. Semoga rinduku kepada dia tidak melebihi rinduku kepadaMu & RasulMu. Kau tabahkanlah hatiku & kuatkanlah diriku dalam menghadapi ujian dariMu ini"

Wednesday, December 18, 2013

. I MUST be strong!




Assalamualaikum.

2,3 minggu lepas dapat satu berita yang agak melukakan hati. Menangis tak henti-henti. Allah sahaja yang tahu. Bertambah sedih, bila tiada siapa yang dapat dengar luahan hati kecuali Dia Yang Maha Kuasa. Terima kasih Ya Allah. :')

Belum sempat kelukaan hati itu terubat, hari ini dapat satu lagi berita yang bersambung dari berita pertama itu. Hatiku makin parah bila mengetahuinya. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Lukanya terlalu sakit. Sangat sakit. Bagai dihiris-hiris. Sakit SANGAT-SANGAT. Memang hakikat kebenaran itu amat menyakitkan. :'(


"Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku selama aku di bumiMu ini. Kau ampunilah hambaMu ini yang kadangkala tidak dapat menahan air mata ini dari jatuh bukan keranaMu. Kau ampunilah diriku ini yang kadangkala tidak kuat menghadapi dugaan-dugaan dariMu. Kau berilah kekuatan dan ketabahan kepadaku dalam menghadapi segala dugaanMu ini Ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


p/s : Doakan bytie kuat dan terus kuat dalam menjalani liku-liku kehidupan ini. :'(



Wednesday, November 27, 2013

. I'm back!

Assalamualaikum.



Wah!2 tahun, 1 bulan!! Sawang habis blog ni~ hehe

To many things happen in this 2 years. Sobs!sobs! :’(

Mengajarku erti ketabahan, kekuatan & keyakinan bahawa segala apa yang terjadi adalah perancangan Allah & ianya adalah yang terbaik untuk kita walaupun hati mungkin terluka atau kadangkala jatuh rebah tidak bermaya. Harus terus bangkit semula andai jatuh dan meneruskan keyakinan bahawa perancangan Allah itulah sebaik-baiknya perancangan. :’)

Alhamdulillah, jatuh bangun diriku mengajarku untuk terus muhasabah diri menjadi sebaik-baik hambaNya . Kini, diriku masih terus muhasabah diri & memperbaiki diri menjadi sebaik-baik muslimah. InsyaAllah. Ameen...

Jom sahabat! Kita sama-sama perbaiki diri menjadi sebaik-baik hambaNya! Semoga kita semua menjadi bidadari di dunia & insyaAllah di syurga sana. Ameen. :’)

p/s i : Perlu atau tidak bytie delete post-post sebelum ini? Atau mungkin sahabat-sahabat boleh ajar bytie cara private kan post. Tq :)

p/s ii : Selama 2 tahun ini juga, bytie tidak pergi ke mana-mana majlis seperti sebelum ini (if you are my loyal readers/silent readers, you will understand) . Now, more to majlis-majlis ilmu. Alhamdulillah! I did it! Thank you Allah! :’)